| |
| Aqiqah
adalah sunnat mua'kad yang sangat dianjurkan di dalam Islam. Aqiqah bermaksud
menyembelih kambing buat anak yang baru lahir afdhalnya pada hari ketujuh kelahirannya
atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Aqiqah adalah seekor kambing
untuk anak perempuan dan dua ekor kambing untuk anak laki-laki. Hadis yang mengatakan
tentang Aqiqah ini ialah : Imam Bukhari meriwayatkan dari Salman bin Amar Adh-Dhabi
bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : |
 |
| Sesungguhnya
anak itu diaqiqahi, tumpahkanlah darah baginya dan jauhkan penyakit daripadanya
dengan mencukurnya" |
| |
| Rasulullah s.a.w menganjurkan
supaya anak laki-laki diaqiqah dua ekor kambing dan anak perempuanseekor kambing
sahaja. Kebiasaannya, binatang yang telah diaqiqah itu dibuat jamuan untuk
juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat. Diantara syarat-syarat
Aqiqah adalah seperti di bawah : |
- Daging kambing Aqiqah
akan dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai
dengan tujuan Aqiqah sebagai Fida (mempertalikan ikatan anak dengan Allah
s.w.t).
- Sewaktu Aqiqah dijalankan
daging kambing Aqiqah akan disembelih sambil menyebut nama anak yang dilahirkan.
|
| |
Kami ada menyediakan khidmat
Aqiqah di Makkah. Di Makkah aqiqah akan dijalankan oleh
Ustaz Abdul Salam. |
| |
Di Makkah |
* Harga
seekor kambing ialah $220
* Daging Aqiqah akan disedekah kepada fakir miskin di sana (Makkah)
* Ibu bapa akan diberi gambar penyembelihan & sijil Aqiqah yang menunjukkan
tarikh & masa Aqiqah dijalankan (seperti gambar bawah) |
|
 |
|
 |
| Ust Salam sedang menyembelih kambing yang diaqiqahkan. |
|
|
|
 |
|
 |
| Kambing aqiqah sedang dibersihkan |
|
|
| Daging kambing ini akan disedekahkan pada fakir miskin |
|
|
| |