Panduan Ibadah Korban

Mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Ia menjawab: “Hai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang bersabar”.

KISAH PERTAMA
Kisah seterusnya mengenai dua anak Adam a.s iaitu Qabil dan Habil. Kedua-dua anak Adam ini melakukan korban untuk Tuhan, boleh dikatakan bahawa keduanya berkongsi mengemukakan satu korban itu, atau mungkin melakukannya sendiri-sendiri. Tetapi sayangnya, Allah hanya menerima pengorbanan yang dilakukan seorang daripada mereka sahaja kerana saudara yang tidak diterima pengorbannya itu melakukan korban dengan hati yang tidak ikhlas dengan niat yang tidak betul dan dengan tidak penuh ketakwaan. Maka disebabkan yang demikian itulah Allah menolak pengorbanan saudara itu. Cara pengorbanan ini tidak dihalalkan oleh Allah.
 
KISAH KEDUA
Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: “dan bacakanlah kepada mereka berita dua orang anak Adam dengan benar, tatkala keduanya mengorbankan akan sesuatu korban, maka diterima dari yang seorang dari mereka berdua dan tidak diterima dari seorang lagi, berkata dia ‘sesungguhnya engkau akan aku bunuh!’ menjawab dia, yang hanya akan diterima Allah ialah dari orang-orang yang bertakwa”.

Maka dengan dua kisah tersebut, boleh diambil ikhtibar bahawasanya setiap pengorbanan tersebut haruslah dilakukan dengan penuh ikhlas, ketaatan, niat yang betul dan penuh ketakwaan.
 
Hukum
Iman Abu Hanafi berpendapat, melaksanakan Udhiyyah (berkorban) hukumnya wajib bagi setiap kaum Muslimin yang berkemampuan, iaitu yang memiliki wang senisab zakat. Erti wajib dalam mazhab ini tidak sama dengan fardhu.

Akan tetapi, bagi tiga mazhab yang lain, Udhiyyah hukumnya Sunnah Muakkadah. Darjatnya lebih tinggi dari sunat biasa.

Kewajipan Udhiyyah ini mula dikuatkuasakan pada tahun Hijrah yang kedua.
 
Keistimewaan
Terdapat banyak juga Hadis-hadis Nabi yang menghuraikan keistimewaan ibadat korban. Antaranya ialah Hadis yang dilaporkan oleh Husain bin Ali ini:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang membuat korban yang disenanginya dan ia melaksanakan dengan penuh keimanan dan perhitungan, kelak Allah akan menjadikan korbannya itu sebagai perlindungan daripada api neraka.”

Aisyah pula menyatakan: “Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada suatu amalan pun yang dapat ditunjukkan oleh manusia pada Hari Raya Adha”
 

Home | About Us | Feedback | Contact Us
Copyright 2011 All Rights Reserved. Di Bangunkan oleh: Shahidah Travel & Tours Pte Ltd
Updated: 20 January 2012