Shahidah Travel & Tours Pte Ltd

AQIQAH

Aqiqah adalah sunnat mua'kad yang sangat dianjurkan di dalam Islam. Aqiqah bermaksud menyembelih kambing buat anak yang baru lahir afdhalnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Aqiqah adalah seekor kambing untuk anak perempuan dan dua ekor kambing untuk anak lelaki. Hadis yang mengatakan tentang Aqiqah ini iala : Imam Bukhari meriwayatkan dari Salman bin Amar Adh-Dhabi bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya anak itu diaqiqahi, tumpahkanlah darah baginya dan jauhkan penyakit daripadanya dengan mencukurnya."

Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya anak lelaki diaqiqah dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing sahaja. Kebiasaannya, binatang yang telah diaqiqah itu dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat. Diantara syarat-syarat Aqiqah adalah seperti di bawah :

• Daging kambing Aqiqah akan dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan Aqiqah sebagai Fida (mempertalikan ikatan anak dengan Allah s.w.t).

• Sewaktu Aqiqah dijalankan daging kambing Aqiqah akan disembelih sambil menyebut nama anak yang dilahirkan.

Kami ada menyediakan khidmat Aqiqah di Makkah. Di Makkah, Aqiqah akan dijalankan oleh Ustaz Abdul Salam.

Di Makkah
  • Harga seekor kambing ialah $220 .
  • Daging Aqiqah akan disedekah kepada fakir miskin di sana (Makkah).
  • Ibu bapa akan diberi gambar penyembelihan & sijil Aqiqah yang menunjukkan tarikh dan masa Aqiqah dijalankan.

Terms & Conditions:

For AQIQAH, please bring your child's birth certificate.

  1. Registration for AQIQAH can be done online but the 'akad' has to be done at SHAHIDAH office.
  2. Our officers will process your registration and contact you within 2-3 working days. Alternatively you can contact us directly at 6299-2345 after submitting this form. Thank you.

KORBAN

ASAL USUL


Ia bermula dari kisah Nabi Ibrahim yang melakukan korban terhadap anaknya yang tercinta Nabi Ismail.

Walaupun Nabi Ibrahim tergolong daripada orang yang berada, dimana beliau dengan senangnya boleh mengorbankan 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta, tetapi kesemunya itu tidak bermakna baginya. Hal ini kerana, cinta terhadap Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Azza Wajalla, beliau sanggup melakukan pengorbanan tersebut. Cara pengorbanan ini dihalalkan oleh Allah.

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Haj ayat 34 yang bermaksud :
“Dan bagi tiap-tiap umat kami jadikan tempat berkorban (supaya ia berkorban), agar mereka mengingati nama Allah atas apa. Maka Tuhanmu itu ialah Tuhan yang Esa, maka hendaklah kepadaNya kamu berserah diri dan berilah khabar gembira (hai Muhammad) orang-orang yang tunduk padanya”.

 
PANDUAN IBADAH KURBAN

Dan dalam firman Allah dalam surah As-Shafaat ayat 102 yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada usia sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata " Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam".

Kisah seterusnya mengenai dua anak Adam a.s iaitu Qabil dan Habil. Kedua-dua anak Adam ini melakukan korban untuk Tuhan, boleh dikatakan bahawa keduanya berkongsi mengemukakan satu korban itu, atau mungkin melakukannya sendiri-sendiri. Tetapi sayangnya, Allah hanya menerima pengorbanan yang dilakukan seorang daripada mereka sahaja kerana saudara yang tidak diterima pengorbannya itu melakukan korban dengan hati yang tidak ikhlas dengan niat yang tidak betul dan dengan tidak penuh ketakwaan. Maka disebabkan yang demikian itulah Allah menolak pengorbanan saudara itu. Cara pengorbanan ini tidak dihalalkan oleh Allah.

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: “dan bacakanlah kepada mereka berita dua orang anak Adam dengan benar, tatkala keduanya mengorbankan akan sesuatu korban, maka diterima dari yang seorang dari mereka berdua dan tidak diterima dari seorang lagi, berkata dia ‘sesungguhnya engkau akan aku bunuh!’ menjawab dia, yang hanya akan diterima Allah ialah dari orang-orang yang bertakwa”.

Maka dengan dua kisah tersebut, boleh diambil ikhtibar bahawasanya setiap pengorbanan tersebut haruslah dilakukan dengan penuh ikhlas, ketaatan, niat yang betul dan penuh ketakwaan.

HUKUM

Iman Abu Hanafi berpendapat, melaksanakan Udhiyyah (berkorban) hukumnya wajib bagi setiap kaum Muslimin yang berkemampuan, iaitu yang memiliki wang senisab zakat. Erti wajib dalam mazhab ini tidak sama dengan fardhu. Akan tetapi, bagi tiga mazhab yang lain, Udhiyyah hukumnya Sunnah Muakkadah. Darjatnya lebih tinggi dari sunat biasa. Kewajipan Udhiyyah ini mula dikuatkuasakan pada tahun Hijrah yang kedua.

KEISTIMEWAAN

Terdapat banyak juga hadis-hadis Nabi yang menghuraikan keistimewaan ibadat korban. Antaranya ialah hadis yang dilaporkan oleh Husain bin Ali ini: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang membuat korban yang disenanginya dan ia melaksanakan dengan penuh keimanan dan perhitungan, kelak Allah akan menjadikan korbannya itu sebagai perlindungan daripada api neraka.

” Aisyah pula menyatakan: “Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada suatu amalan pun yang dapat ditunjukkan oleh manusia pada Hari Raya Adha”.

Di Makkah
  • Harga seekor kambing ialah $225.

* Harap maklum. Hari terakhir pendaftaran korban pada tahun ini pada 26 Ogos 2017. Sekian terima kasih.